DUA2022
PENGURUSAN DALAM ISLAM
E-FOLIO:
PEMBENTUKAN ORGANISASI MENGIKUT
KERANGKA PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W
Nama
|
No. Matriks
|
NUR
FARHANAH BINTI MOHD RASDI
|
02DSK18F2007
|
NOR
NADHIRAH BINTI NORDIN
|
02DSK18F2009
|
NUR
FAIZAH BINTI MOHAMMAD
|
02DSK18F2013
|
SITI
AISYAH BT MOHAMMAD
|
02DSK18F2037
|
NURUL
IZZAH BT ZULKIFLI
|
02DSK18F2035
|
ISYRAF
BINTI AZIZAN
|
02DSK18F2021
|
Pensyarah: Puan Nurul Fuaddi Binti
Sulaiman
Penghargaan
Syukur Alhamdulillah kami panjatkan kehadrat illahi kerana dapat
juga kami selesaikan tugasan ini dengan jayanya. Kami mengucapkan setinggi
penghargaan kepada pensyarah yang mengajar kami Pegurusan Dalam Islam DUA2022
iaitu Puan Nurul Fuaddi binti Sulaiman. Terima kasih diucapkan kepada beliau
kerana telah memberikan tugasan ini sejurus memberi tunjuk ajar dan membantu
kami dalam melaksanakan E-folio ini. Tidak lupa juga diucapkan kepada rakan
rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang
merealisasikan tugasan ini. Selain menyelesaikan tugasan ini kami juga
memperolehi pelbagai ilmu organisasi yang mana mendorong kami menjalankan tugas
dengan penuh amanah, dedikasi dan tekun. Pada dewasa kini pelbagai pembangunan
dari segenap sudut begitu pesat membangun, begitu juga lah pembangunan dalam
bidang pendidikan dan sebagainya dimana berpandukan kepada zaman zaman
dahulunya contoh di zaman kegemilangan yang terbina di zaman Rasulullah S.A.W.
Oleh itu, Kita haruslah sentiasa mengamalkan konsep konsep yang wujud dalam
organisasi agar hidup kita lebih berjaya dan sistematik.
Pengenalan
·
Allah SWT telah mengutuskan Nabi
Muhammad SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam sebagaimana firman-Nya
dalam surah al-Anbiya', ayat 107. Alam bermaksud seluruh makhluk ciptaan Allah
SWT. Dinamakan sebagai Alam kerana ia adalah alamat atau tanda kewujudan,
keagungan dan kekuasaan Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam
· Dalam perspektif islam kehidupan manusia digalakkan untuk sentiasa mengamalkan prinsip berorganisasi.
·
Manusia digalakkan bermusafir secara
berjemaah dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua.
·
Bentuk pemerintahan dan pentadbiran
negara yang sistematik dalam islam telah diasaskan oleh Rasullullah S.A.W.
Walaupun negara pertama yang diasaskan baginda adalah bentuk yang amat
sederhana namun sudah mencukupi untuk dijadikan panduan dan model bagi
pemerintahan dan pentadbiran sebuah negara islam yang unggul
·
Baginda bukan sahaja seorang penyebar
Islam, panglima tentera, negarawan tetapi juga seorang pentadbir yang berwibawa.
Baginda memerintah Madinah selama 10 tahun. Ameer Ali dalam bukunya:
The Spirit of Islam:
Menyimpulkan bahwa yang bermaksud
“kerja yang dilakukan (rasulullah s.a.w) pada waktu yang singkat akan
sentiasa menjadi salah satu pencapaian yang terindah dalam catatan sejarah”
·
Dengan menjadikan Al-Quran dan
as-sunnah sebagai asas utama pentadbiran Islam, kedua-dua sumber tersebut telah
berjaya menggariskan asas-asas pemerintahan dan
pentadbiran sebuah negara Islam.
·
Organisasi yang terbina melalui zaman
baginda amat mempengaryhu masyarakat seluruh dunia dan dapat dijadikan contoh
asas untuk negara yang kian membangun.
Pengorganisasian dapat
ditakrifkan sebagai:
Pengorganisasian ataupun
penyusunan merujuk kepada:
·
proses pembahagian setiap sumber yang ada, samada manusia, benda atau
perkara pada kedudukan yang sesuai, kegunaan yang munasabah, fungsi yang jelas
dan peranan yang berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
Diantara kepentingan penyusunan adalah seperti berikut:
·
Tenaga dan sumber organisasi yang
terhad dapat dimanfaatkan secara
optimum.
·
Warga organisasi akan disusun dan
diberikan tugas secara tepat dan sesuai dengan
Kepakaran,pengalaman,kecenderungan, kemampuan serta potensi
·
Memanfaatkan bakat dan potensi yang ada
untuk keberhasilan matlamat organisasi.
·
Dapat mengelakkan pembaziran.
·
Mewujudkan penyelarasan.
·
Dapat melakukan penambahbaikan.
·
Memastikan matlamat serta objektif
organisasi tercapai.
PEMBENTUKAN ORGANISASI
MENGIKUT KERANGKA PENTADBIRAN RASULLULLAH S.A.W
·
Pentadbiran Rasulullah s.a.w di
Madinah menjadi titik tolak kepada permulaan kebangkitan Islam sekaligus
menjadikan Madinah sebagai sebuah negara yang berpaksikan ajaran yang terdapat
pada kitab suci al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama dalam urusan
pentadbirannya.
·
Lebih penting lagi, dengan kecekapan
dan kecerdasan Rasulullah s.a.w sebagai seorang pesuruh Allah dan juga ketua
bagi sesebuah negara, baginda telah berusaha memperkenalkan dan menyebarkan
agama Islam bukan sahaja di Madinah semata-mata bahkan juga di luar kawasan
Madinah seperti di Habsyah.
Berikut
adalah pendekatan yang dilaksanakan Rasulullah s.a.w ketika berhijrah ke
Madinah adalah seperti yang berikut:
1.saidina Ali bin Abi Talib menggantikan baginda di tempat tidur
2. Berhijrah
pada waktu malam Bersama sama saidina Abu bakar as siddiq.
3. Baginda
dan Saidina abu bakar memilih jalan yang jarang jarang dilalui oleh orang
quraisy
4. Baginda
dan saidina abu bkar bersembunyi di gua Thur selama 3 hari
5. Asma
binti Abu bakar membekalkan makanan semasa baginda bersembunyi di gua Thur.
6. Abdullah
bin Abu Bakar ditugaskan untuk mendengar perkabaran kaum quraisy dan penyampai
berita kepada rasullullah s.a.w dan saidina abu bakar pada malam hari.
7. Amir
bin Furaihah ditugaskan untuk menutup kesan tapak kaki baginda, abu bakar,
Abdullah dan asma melalui kesan tapak kaki binatang ternakannya.
8. Seorang
yahudi, iaitu Abdullah bin uraiqat menunjukkan jalan yang paling selamat ke Madinah.
Rasulullah
s.a.w juga telah berjaya untuk menyatukan para penduduk Madinah yang berbilang
agama dan keturunan selepas perpecahan mereka yang berlangsung dalam suatu
tempoh yang agak lama. Demi mengeratkan hubungan sesama masyarakat Islam pula,
baginda telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar sebagai langkah
memperkasakan kekuatan Islam itu sendiri di mata penduduk Madinah yang bukan
beragama Islam.
Penggubalan
Piagam Madinah juga bertujuan untuk menyatukan dan mendamaikan antara kaum kaum
yang terdapat di madinah yang sentiasa bertelagah pada masa kedatangan islam
selain untuk menjadi tanda penerimaan rasullullah S.A.W sebagai ketua negara
Madinah.
Intipati
lain yang terdapat pada piagam Madinah juga menjelaskan tentang mengekalan
struktur kekeluargaan masyarakat Madianh yang tidak bertentangan dengan islam
disamping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut syariat islamiah. Selain
dari itu antara hal yang ditekankan dalam piagam Madinah juga adalah kebebasan
dalam menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk yang mana selama ini
dikuasai oleh golongan yahudi.
Dalam
penyusunan undang-undang pentadbiran negara, Rasullullah SAW merujiuk pada Al
Quran dan As-sunnah Baginda sendiri sebagai panduan selaras dengan kota Madinah
yang dikenali sebagai sebuah negara islam. Selain itu juga, sistem Syura turut
dilaksanakan yang mana majlis ini dianggotai oleh sahabat sahabat yang telah
dipilih oleh Baginda sendiri. Kaedah dipraktikkan dipelbagai bidang bukan
sahaja di politik tetapi di sektor ekonomi.
Kepemimpinan Etika Berlandaskan Nabi Muhammad
Kepemimpinan etika
adalah kelakuan memimpin yang bersandarkan nilainilai etika dan menghasilkan
kebaikan untuk semua pihak berkepentingan (stakeholders). Trevino et al. (2000)
mencadangkan kepemimpinan etika terdiri daripada dua faktor utama iaitu
pemimpin sebagai manusia bermoral (moral person) dan pemimpin sebagai pengurus
moral (moral manager). Menelusuri watak Nabi Muhammad SAW dalam skop model yang
disarankan oleh Trevino el al. (2000), didapati karakter sebagai manusia
bermoral dan pengurus moral telah wujud pada diri Rasulullah SAW.
Justeru, watak
Rasulullah boleh dijadikan model terbaik dalam mengoperasi konsep kepemimpinan
etika. Rajah 3 menunjukkan binaan semula model kepemimpinan etika berlandaskan
watak Rasulullah SAW. Elemen manusia bermoral seperti ciri yang ada pada diri
Rasulullah dapat memberi implikasi positif dalam merealisasi kepemimpinan
etika. Sifat jujur dan amanah dalam diri seorang pemimpin akan menjadikan
sesuatu autoriti dan sumber yang diamanahkan selamat daripada disalah guna atau
diselewengkan.
Ciri merendah diri
akan menjadikan seorang pemimpin dekat dengan pekerja (pengikutnya) dan dapat memahami
sesuatu masalah dengan baik. Sifat lemah lembut, pemaaf dan tidak pemarah
menjadikan pemimpin senang didekati, dihormati, berorientasikan mencari
penyelesaian dan bukan mencari salah dalam menangani sesuatu isu berbangkit
serta tidak berdendam dengan pekerja.
Amalan seperti syura akan meningkatkan
komitmen dan rasa penghargaan diri dalam diri pekerja. Justeru, seorang
pemimpin yang mahu melaksanakan kepemimpinan beretika perlu terlebih dahulu
menjadikan diri mereka sebagai orang berakhlak dengan mencontohi akhlak
Rasulullah yang sempurna. Elemen pengurus moral yang terdapat pada diri
Rasulullah dapat dirumuskan sebagai peranan menyuruh kebaikan dan mencegah
kemungkaran (amar maaruf nahi mungkar).
Seorang pemimpin etika perlu berusaha
berterusan menggalak dan membina budaya etika di kalangan ahli organisasi
melalui program berasaskan pendidikan rohani. Ini kerana melalui iman yang
teguh, seseorang akan dapat merasai perkaitan hubungan dengan Pencipta dan
mengubah persepsi melakukan sesuatu semata-mata kerana tuntutan pekerjaan.
Sebaliknya, pekerja mampu mengaitkan setiap perbuatan dengan hubungan
ketuhanan. Sehubungan itu, mekanisme kawalan kendiri yang berteraskan sumber
dalaman setiap individu dapat direalisasikan.
Oleh yang demikian,
seorang pemimpin yang mahu melaksanakan kepemimpinan etika perlu menggalakkan
amalan nilai-nilai murni dan menyediakan persekitaran yang merangsang pilihan
kelakuan yang beretika di kalangan ahli, seperti merangka sistem penilaian
prestasi dan imbuhan yang menggalakkan kelakuan etika ahli, program pendidikan
jiwa yang berterusan dan kepimpinan berteladan.
Ciri-ciri
Organisasi Malaysia Kini Yang Mengikut Kerangka Pentadbiran Rasulullah SAW
Malaysia merupakan sebuah negara islam yang mengamalkan sistem
Demokrasi Berp arlimen dan Raja Berperlembagaan yang mana Seri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agong b erperanan sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan
menjelaskan struktur pembahagi an kuasa dalam sistem pentadbiran negara yang
meliputi Badan Perundangan(Legislative), Bad an Eksekutif (Executive) dan Badan
Kehakiman(Judicial) serta peranan Negeri serta perhubung an antara
kedua-duanya.
Sistem Demokrasi
Berparlimen
Istilah
demokrasi berasal daripada Bahasa Yunani, iaitu DEMOKRATIKA– bermaksud Rakyat
dan Kratia adalah Pemerintah.
• Sistem Demokrasi Berparlimen bermaksud
rakyat dapat melibatkan diri dalam sistem pentadbiran negara.
• Rakyat berpeluang membentuk Kerajaan melalui pilihanraya
dan bebas memilih perwakilan bagi mengurus negara.
• Pengamalan Sistem Demokrasi Berparlimen bertujuan
untuk memperlihatkan landasan
pemeri
ntahan bagi sesebuah negara adalah berteraskan kepada kebebasan/demokrasi.
•Parlimen ialah institusi terunggul dalam sesebuah negara
yang mengamalkan prinsip prinsip demokrasi.
•
Salah satu syarat dalam Sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa
kepada tiga badan di dalam sistem
pemerintahan, iaitu Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
• Malaysia
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
KESIMPULAN
kepimpinan dalam organisasi melibatkan semua peringkat. Kuasa
bukan hanya kepunyaan pengurusan atasan, malah kepunyaan bersama dan
kait-mengait. Mereka yang berada di bahagian pengurusan bawahan atau di bahagian
pengurusan pertengahan, juga mempunyai kuasa. Jika mereka bersatu, pasti akan
mendatangkan masalah pada pengurusan atasan atau kepimpinan tertinggi. Begitu
juga sebaliknya. Berdasarkan kenyataan inilah maka kita jangan berasa hairan
betapa seseorang itu yang disanjung dalam mana-mana organisasi,jika diketepikan
hingga ghaib begitu sahaja. Kepimpinan juga adalah merupakan faktor yang
terpenting dalam memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam organisasi yang
menginteraksikan kesemua faktor-faktor dalam organisasi secara strategik bagi
menuju wawasan, matlamat dan objektif yang ditetapkan.
RUJUKAN
RUJUKAN
Ø
BUKU
· 1. Asmahan Mokhtar
& Nurshahiza Mohamad Isa (2015), Pengurusan Dalam Islam, dicetak oleh Oxford
Fajar Sdn.Bhd
· 2. Dr.Nurhanisah
senin, Dr. siti Fairuz bt Ramlan, Yusuf Hawasy, Faiz Muhamad, (2018) Ensiklopedia
Akhlak Rasulullah,dicetak oleh Telaga biru
· 3 .Ahmad kamal bin
Ariffin, phD, (2016), Ummah, dicetak oleh Telaga Biru
· 4. Dr. Hafiz Ahmad Ajjaj Al Karmi, (2012), Sistem Administrasi
Dan Pentadbiran Pada Zaman Rasulullah SAW, dicetak oleh Al Hidayah
· 5. Imam Al Tirmizi (2008), Syamail Muhammad SAW
keperibadian Rasulullah versi Bahasa Indonesia dicetak oleh telaga biru
· 6. Imam Al Tirmizi, (2014), Kenali Rasul kita Muhammad,
dicetak oleh Telaga Biru
Ø
INTERNET
No comments:
Post a Comment